RUMIONFIRE

Wednesday, June 28, 2006

MY LAST ALBUM REVIEW

KUALA LUMPUR, 13 FEBRUARI 2001

Pilihan terbaik sepanjang zaman

MINGGU ini adalah yang paling istimewa kerana saya akan bernostalgia atas sebab tertentu dan anda hanya akan mengetahuinya jika membaca ulasan ini sehingga ke penghujung.

Kali pertama saya mengulas album dalam Harian Metro ialah pada 3 November 1992.

Ketika itu saya memilih album Expressions oleh After Five Jazz, Ku Redha Sendiri (Klthsom) terbitan A Ali serta album penyanyi, Ay-Pol (Vol 1).

Obsesi saya untuk mengulas album sebenarnya terbit sejak membaca ulasan wartawan, Wan Hamidi Hamid, yang sering mengulas album berbentuk heavy metal dan thrash dalam Harian Metro sekitar 1991. Namun ketika itu, saya masih berkhidmat di meja jenayah di Berita Harian.

Tanggal itu menjadi titik tolak kepada ulasan album saya hari ini dan atas tunjuk ajar ramai pihak, saya dapati ramai yang tertarik untuk membaca ruangan berkenaan dan terima kasih kepada anda yang berutusan dengan saya menerusi e-mel.

Minggu ini istimewa kerana saya akan menyatakan empat album terbaik pilihan saya sepanjang zaman. Saya tidak akan mengulasnya satu persatu, sekadar memberitahu kenapa saya memilih keempat-empat album berkenaan.

Saya membuat pemilihan berkenaan berdasarkan kategori Album Melayu Terbaik, Album Indonesia Terbaik, Album Inggeris Terbaik dan Album Nostalgia Terbaik.

Album Melayu Terbaik Sepanjang Zaman buat saya ialah Canggung Mendonan oleh M Nasir yang diterbitkannya. Ini adalah sebuah album klasik yang menuntut pemikiran saya yang paling tinggi untuk mengkajinya.

Nasir bukan hanya mengutarakan melodi dan irama, malah dia membuatkan saya melayang jauh dalam soal filasafat. Filosofinya pula bukan sekadar satu laras, malah dia memperkatakan mengenai semangat, romantisme, ibadah, sejarah dan isu semasa. Bagi saya inilah `masterpiece' Nasir setakat ini.

Sentuhan Listrikmu adalah lagu paling romantis manakala Bonda paling bermakna dan Tanya Sama Itu Hud Hud serta Anak Anak Kita adalah lagu paling cerdik pernah dihasilkan di Malaysia.

Canggung Mendonan diterbitkan pada 1993 dan dirakamkan di studio Luncai Emas di Sungai Buloh dan bak kata Nasir sendiri, saya setuju bahawa Canggung Mendonan adalah: "Muzik yang dihasilkan dari jiwa yang peka dan berpandukan ilmu yang sentiasa hidup dan memberikan inspirasi."

Album Indonesia Terbaik buat saya ialah album Terbaik Terbaik yang dihasilkan oleh Dewa 19. Sayang sekali album ini tidak dipasarkan di sini, tetapi jika anda berpeluang memperolehinya, jangan sesekali lepaskan.

Ketika bertemu dengan komandan Dewa, Ahmad Dhani, di rumahnya di Pondok Indah, Jakarta, Indonesia, saya banyak mendapat ilmu mengenai album ini yang masih dianggap hasil terbaik Dewa 19.

Cukup Siti Nurbaya menawan saya pada bait liriknya yang berbunyi: "Katakan pada mama, cinta bukan hanya harta dan takhta, pastikan pada semua, hanya cinta yang sejukkan dunia." Dalam sekali penulisan Dhani mengenai dunia yang penuh belenggu, sentiasa idamkan satu bentuk logik.

Restoe Boemi pula bagi saya adalah lagu Dewa yang paling sedih kerana liriknya yang melankolik. Hati mana yang tidak meruntun mendengar dendangan: "Ku yakinkan restu bumi bangunkan jiwaku, basuhi raga kita, restu bumi leburkan hati, sucikan dari debu dunia." Lagu ini memerlukan masa untuk benar-benar meresapi jiwa anda.

OK Computer oleh Radiohead adalah Album Inggeris Terbaik buat saya dan ia pernah saya ulas pada 1 Julai 1997, tetapi ketika itu, ulasan saya tiada anugerah bintang. Kali ini saya nyatakan bahawa OK Computer ialah Lima (*****) Bintang!

Mungkin anda ada pilihan lain seperti Beatles (White Album), U2 (The Joshua Tree), Pearl Jam (Ten), Bob Dylan (Time Out of Mind), Santana (Supernatural) atau mungkin Eminem (The Marshall Mathers LP), namun selepas berfikir panjang, buat saya tiada lain kecuali OK Computer.

OK Computer muncul ketika rock sedang tenat dan zaman muzik alternatif hampir mati. Sejak Creep dari Pablo Honey atau Just dari The Bends, OK Computer yang jadi album ketiga Radiohead adalah yang paling banyak menggembara ke alam muzik yang paling mistikal.

Lagu kegemaran saya sudah tentu Paranoid Android apabila Thom Yorke berdendang: "When I am king, you will be first against the wall, with your opinion which are of no consequences at all, what's that. Ambition makes you look very ugly, kicking squeeling gucci little piggy...."

Radiohead sehingga hari ini dengan Kid A mereka adalah sebuah kumpulan muzik yang handal kerana bukan hanya menguji pendengar menerusi eksperimentasi muzikal, malah falsafah lirik mereka juga memakan masa untuk dikaji.

Album Nostalgia Terbaik Sepanjang Zaman saya pula jatuh kepada The Wall oleh Pink Floyd. Sebelum mendengar album ini, saya lebih dulu jatuh hati dengan video klip ala filem pendek, Another Brick in the Wall yang saya tonton kira-kira 14 tahun lalu ketika masih bersekolah.

The Wall Pink Floyd ini diterbitkan pada 1979 ketika saya masih terlalu muda, tetapi sehingga 2001 pun, semangat gitar Comfortably Numb atau harmoni vokal Another Brick in the Wall (Part II) masih tebal di jiwa saya.

Saya masih terkenangkan saat zaman sekolah era pertengahan 1980-an ketika saya dan beberapa sahabat `gila' dengar muzik Ozzy Osbourne, Michael Shenker Group (MSG), Dire Straits, Iron Maiden, Halloween, Search, Sweet Charity dan banyak lagi tetapi yang paling menuntut pemahaman ialah Pink Floyd.

Bagi saya, Pink Floyd `tidak terlalu rock tetapi macam rock' dan muzik eksperimentasi mereka dari segi bunyi dan kesan khasnya membuatkan saya dan beberapa sahabat seolah-olah dicabar untuk memahami apa itu Pink Floyd.

Sehingga hari ini saya masih fikir, Roger Waters dan David Gilmour adalah antara golongan cerdik pandai yang pernah hidup dalam era muzik moden di dunia ini.

Mengapa empat album ini yang jadi pilihan?

Sebabnya ialah ini menjadi Ulasan Album yang terakhir oleh saya.

Terima kasih kepada yang mengikuti ruangan ini. Tiada apa yang lebih nikmat daripada anda yang menghargai tulisan saya selama ini.

Perjalanan perlu diteruskan. Walaupun rintangan di depan mata selalunya kabur, perjalanan baru ini sudah saya rencanakan dan saya harus gagah melangkah. Assalamualaikum.

KONGSI GELAP

KUALA LUMPUR, 11/01/1995

* This was written when i was still a journalist.
KETIKA berada di sebuah sekolah di Kampar, Perak, saya diberitahu oleh seorang rakan bahawa dengan menyertai kumpulan kongsi gelap `01' akan menjamin keselamatan saya di sekolah.

Pada mulanya saya takut kerana bimbang dimarahi ibu bapa atau pelajaran akan terganggu.

Bagaimanapun, pada hari kelima persekolahan di tingkatan satu bermula, saya dibelasah oleh seorang pelajar tingkatan empat tanpa sebarang sebab.

Apabila diselidik, saya diberitahu oleh rakan pelajar tingkatan empat itu bahawa saya dibelasah kerana cara saya berjalan seolah-olah mahu menunjuk-nunjuk, terutama kerana ketinggian saya melebihi pelajar itu.

Sejak itu, saya menyimpan dendam terhadap pelajar berkenaan dan bertekad akan membalas perbuatannya dengan lebih teruk.

Saya menemui Steve (bukan nama sebenar) dan menyatakan persetujuan untuk menyertai kumpulan kongsi gelap `01' yang dipercayai berpusat di Mambang Di Awan iaitu sebuah pekan kecil di Kampar.

Saya terpaksa membayar RM10.80 sebagai yuran tahunan serta RM3.60 sebagai yuran bulanan dan Steve yang menjadi dalang kongsi gelap `01' di sekolah itu menjamin keselamatan saya dan berjanji akan membalas dendam terhadap pelajar tingkatan empat itu yang dikenali sebagai Sham (bukan nama sebenar).

Oleh itu, pada satu hari, ketika waktu rehat, empat rakan Steve berusia dalam lingkungan 20 tahun datang ke sekolah menemui saya dan mengarahkan saya menunjukkan kedudukan Sham ketika itu.

Sebaik sahaja tiba di meja makan Sham dan kira-kira 10 rakannya, keempat-empat lelaki yang tidak saya kenali itu menarik kepala Sham dan membawanya ke arah gelanggang bola keranjang berdekatan dan diikuti berpuluh-puluh pelajar.

Seorang daripada empat lelaki itu kemudian memanggil saya dan mengarahkan saya memukul Sham tetapi kerana tidak sampai hati, saya tidak berbuat demikian.

Sehubungan itu, keempat-empat lelaki terbabit membelasah Sham hingga mukanya bengkak dan semua pelajar serta lelaki terbabit melarikan diri apabila beberapa guru tiba.

Sejak itu, saya mula ditakuti pelajar lain, terutama mereka yang lebih senior dan saya sering memukul pelajar lain apabila diajak berbuat demikian oleh Steve.

Nilai perikemanusiaan saya sudah hilang dan saya tidak pernah menolak pelawaan Steve untuk membelasah pelajar lain yang kononnya `kurang ajar' dengannya.

Pada suatu ketika, saya pernah mencekik seorang pelajar senior hingga dia sukar bernafas kerana membocorkan rahsia saya dengan rakan lain bermain judi di dalam tandas.

Keadaan itu berlarutan hingga saya melangkah ke tingkatan tiga dan kedaaan menjadi lebih tegang apabila saya mula menyertai pergaduhan membabitkan orang luar dari sekolah.

Bagaimanapun, ketakutan saya mula dirasakan apabila Steve mengajak saya bergaduh dengan kumpulan kongsi gelap lain di satu tempat yang dirahsiakan.

Saya pergi ke rumah Steve dan melihat dia sudah siap mengasah parang panjang dan sebilah pedang samurai yang dibuat sendiri.

Pada ketika itu, saya memberikan alasan terpaksa pulang ke kampung bersama keluarga dan tidak dapat menyertai pergaduhan itu.

Tiga hari selepas itu, apabila saya menemui Steve, saya melihat lehernya luka teruk dan dikenakan lebih 10 jahitan dan Steve memberitahu seorang rakan kami bernama Sak Yan yang berusia 23 tahun (bukan nama sebenar) terbunuh dalam pergaduhan itu.

Sejauh mana kebenaran yang dikatakan oleh Steve saya tidak pasti sehingga sekarang, tetapi apa yang pasti ialah saya tidak melihat Sak Yan selepas itu.

Beberapa minggu selepas itu, Steve mengajak saya menyertai upacara sumpah ahli kongsi gelap `01' dan saya hampir bersetuju.

Tetapi saya mula resah apabila diberitahu saya terpaksa minum darah ahli 'kanan' kumpulan itu dan tangan saya perlu dilukis tatu.

Saya kemudian memberitahu hasrat saya untuk meninggalkan kumpulan itu kepada Steve dan saya dibawa menemui seorang ahli kanan mereka.

Ahli kanan kumpulan itu kemudian memberitahu tindakan saya meninggalkan kumpulan itu adalah salah dan boleh dihukum tetapi saya dibenarkan berbuat demikian kerana saya belum bersumpah.

Berdasarkan pengalaman itu, saya bernasib baik kerana menyedari kesilapan saya lebih awal sebelum terjebak dengan lebih serius.

Saya kemudian bertukar sekolah hanya satu kilometer dari rumah dan mula bergaul dengan rakan yang baik.

Monday, June 26, 2006

BAHASA MALAYSIA/MELAYU

Selayang, 12 Disember

“Ideologi adalah seperangkat idea yang menjadi asas kepada teori atau sistem tertentu dalam bidang politik atau ekonomi. Pembinaan bangsa harus mempunyai sebagai asasnya ideologi yang merupakan ideologi ekonomi atau politik. Ini bermakna bahawa proses pembinaan bangsa memerlukan dasar yang sihat yang menjamin kemakmuran ekonomi dan keteguhan politik untuk negara seluruhnya. Sekarang, di manakah letaknya peranan bahasa dalam pembinaan bangsa?” _

This is some serious shit okay. Soal bahasa bukan soal main-main. Kepada ahli bahasa atau ahli akademik yang memperjuangkan bahasa, blog aku ni dah berdosa besar dan aku aku sendiri dah mungkin jadi salah macam Salman Rushdie dengan Satanic Versenya.

Bahasa Melayu aku sedar jadi amat sensitif kepada orang Melayu. Itu jadi bahasa mereka dan agaknya itulah yang membuatkan ia dinamakan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu milik orang Melayu, barangkali. Aku pun pernah melalui satu tahap di mana kosistensi aku hilang di antara mahu memanggilnya Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia. I’m a bit confused here i must say.

Namun keseriusan subjek soal Bahasa Melayu itu bukan isu yang mahu aku utarakan di sini. My subject matter is mild I supposed. Bahasa Melayu yang aku maksudkan hanya soal aku mengenalinya, mencintainya dan dianggap memporak-porandakannya oleh sesetengah motherfuckers.

Bahasa itu jiwa bangsa. That’s an old saying. Dalam pada kita cuba meyakinkan diri bahawa bahasa itu jiwa bangsa kita, pada masa yang sama kita cuba mengInggeriskan segala-galanya dalam hidup. Kita biar kita dijajah. Bak sesetengah pandangan, penjajahan yang menggunakan bahasa ialah penjajahan yang akan berjaya dalam tempoh lama, ia makan diri kita perlahan-lahan.

Jika apa yang dikata itu benar, maka aku adalah antara orang yang telah dijajah perlahan-lahan. Namun aku di sini menafikannya. Aku tidak pernah dan tidak akan dijajah hanya dengan bahasa tapi aku punya kesedihan sendiri apabila memperkatakan mengenai Bahasa Melayu dan orang Melayu ni sebenarnya.

Okay, here it goes. Aku bukan Melayu sepenuhnya! Bapak aku orang Malbari manakala datuk belah mak aku juga orang Malbari and so bila bini aku marah aku kutuk orang Melayu kerana aku sendiri Melayu, aku akan balas: "Aku bukan Melayu sepenuhnya." Aku pelik kenapa bini aku marah sangat aku kutuk orang Melayu sebab dia sendiri asalnya Jawa dari Muar sana.

Anyway, bagi aku soal Bahasa Melayu jadi punca masalah untuk membina bangsa kerana hakikatnya kita hidup dalam masyarakat yang berbilang bangsanya. Di Malaysia ni, dah la Islam hanya di kalangan Melayu manakala lain bagi mereka adalah kafir dan tidak cukup dengan itu kita kasi lagi orang Melayu ni Bahasa Melayu. Tapi akhirnya mereka bukan tahu menggunakannya dengan betul, sebaliknya orang Melayu sendiri yang menghancurkan bahasa mereka.

Mungkin sampai di tahap ini, korang akan kata aku melalut. Mungkin juga sebab aku sebenarnya agak keliru untuk menyampaikan maksud aku mengenai topik ini. Mungkin kalau korang ada di depan muka aku, aku akan lebih fasih untuk berbicara tetapi untuk menulisnya di atas wacana ini, aku jadi benar-benar keliru dengan maksud yang mahu aku utarakan.

What exactly I’m saying is, dengan wisdom yang dah aku ada sekarang, aku berani katakan lebih relevan jika Bahasa Melayu itu ditukar saja kepada Bahasa Malaysia kerana itu yang akan mewakili kita semua. Kita sukar memupuk perasaan kasih terhadap Bahasa Melayu di kalangan Cina, India atau lain-lain bangsa itu apabila ia adalah Bahasa Melayu. Kan lebih baik jika ia jadi Bahasa Malaysia supaya ia mewakili semua bangsa lalu menjadikan kita satu masyarakat yang power.

Oh my God, I’m talking crap here. I better stop here and hope korang faham. I know korang akan kata fuck you at me apabila membaca bab ini and I do think i deserved it.

MUZIK

Selayang, 6 Ogos 2002, 7 Ogos 2002 & 18 Ogos 2002.

Tower Records punya tagline is: Music is Life. Bagi sesetengah korang, ia macam radikal tapi bagi aku memang ia amat betul, malah ia bukan sahaja betul, ia lebih daripada betul. Aku tak boleh nak ingat bila sebenar-benarnya aku mula minat muzik. Aku pernah menulis dulu bahawa: Aku rasa first time aku dengar muzik (seingat aku lah) ialah masa bapak aku pasang Papa dendangan Paul Anka. I love that song and then bapak aku selalu pasang piring hitam My Fair Lady serta Beethoven (kalau tak silap aku Simfoni 9). Abang aku pulak sibuk pasang piring hitam Moonflower Carlos Santana dan akhirnya lagu pertama yang aku hafal ialah Hotel California (Eagles). By 1986 aku cari haluan muzik sendiri. Favourite masa tu dah tentu Dio (Holy Diver), Iron Maiden (Live After Death) dan Search. I can’t say what actually yang aku belajar dari mendengar muzik tetapi aku ibarat jumpa satu bentuk ketenangan, sifat rebellious, emosi dan fantasi.

Okaylah, aku dan muzik sebenarnya ada sejarahnya sendiri. Sejarah yang barangkali aku saja yang kisah sebab aku yang melaluinya. Percaya atau tidak aku pernah menyanyi dalam sebuah band ketika menuntut di Tingkatan Empat dan Lima di Sekolah Menengah Sri Kampar, Perak.

Masa tu, aku kira kalau ada band itu cool gila babi. Nama band itu Surf (konon dekat dengan nama Search lah) dan kami gila main muzik Iron Maiden, Rockers, May, Wings, Search dan banyak lagi lagu rock and slow rock Melayu yang masa tu tengah panas sangat. Kami jammed di Studio Man Black yang terletak di stesen bas Kampar. Tempat yang paling cool untuk hang out masa tu, tambah-tambah pulak kalau ada band. Jenuh juga aku menghafal lagu Aces High, 2 Minutes To Midnight, The Trooper, Wasted Years, Intanku Kesepian dan banyak lagi. Lupa lak nak cakap, dalam Surf tu, aku adalah vokalisnya. Ewah. Macamlah hebat sangat, walaupun 99 peratus daripada kengkawan kata suara aku sengau gila. Tapi apa peduli sebab bukan senang nak dapat vokalis di Kampar hafal lagu Iron Maiden. Pengalaman aku menyanyi dalam Studio Man Black amat berharga buat aku sebab aku berani melakukannya dan pernah sekali tu aku menyanyi lagu Biarkan Berlalu (Wings) di majlis kahwin kakak ataupun adik Man Black. Kira handal jugaklah.

Bukan sebab aku nak jadi penyanyi, bukan sebab aku ada cita-cita nak jadi Amy Search but maybe it was just a form of changes yang aku lalui dalam hidup. I got to be someone else daripada aku sendiri. It’s just not me to be in a band memandangkan bapak aku ialah seorang gurubesar yang ketika itu agak konsorvertif. Tapi aku lari dari diri sendiri dengan menyanyi. Mungkin dari itu agaknya obsesi muzik aku bertambah. Orang sibuk gila dengan Scorpions, aku langkau lebih jauh untuk kenal Michael Shenker Group, orang sibuk dengan Iron Maiden, aku lebih sibuk dig Halloween dan apabila orang sibuk dengan Loudness dan Heavy Chain mereka, aku mula start carik King Diamond. I want to be better than the rest. Aku mahu tahu lebih daripada apa yang mereka tahu. Aku tak mahu ikut mainstream kerana benda yang ada di depan mata tidak cukup mencabar buat aku.

Perkara itu aku develope sendiri untuk jadi lebih peka dengan muzik. Satu cara yang aku selalu tengok sejak dulu ialah orang Melayu yang suka rock hanya suka bising rock itu. Asalkan distortion gitar gila babi, double peddal dram tak henti-henti atau bass Harris dah cukup, apa yang disampaikan menerusi lirik lagu rock orang putih bukan lagi tidak dipedulikan, malah ada yang tak faham sepatah haram.

Bila aku bukak soal lirik ini memang aku sedih sebab teman-teman aku dulu memang rock gila babi tetapi mereka alpa. Okaylah...aku bukan nak kata aku pandai, tetapi sekurang-kurangnya aku lebih pandai daripada mereka. Sekurang-kurangnya aku ambil pusing untuk baca lirik rock mat salleh tu untuk faham maknanya supaya aku tahu apa ideologi mereka kerana walaupun ketika itu aku masih muda, aku ibarat ada penyuluh tapi masih sesat kalau aku tak ambil kisah soal liriknya. So, aku mulalah hafal lagu dengan cuba sangat memahami maksud liriknya. Sekurang-kurangnya bapak aku kasi tahu bahawa trak Iron Maiden, Rhyme Of The Ancient Mariner adalah sebuah sajak lama ataupun apa maksud sebenarnya bila Jim Morrison (The Doors) dendangkan trak Light My Fire.

Aku tahu sebenarnya sampai hari ini pun, ramai orang dengar lagu orang putih tanpa pedulikan liriknya walaupun mungkin sedikit sebanyak ia sudah berubah. Aku ada teman yang selalu kasi lirik lagu baik untuk dikaji terutama daripada band seperti Radiohead.

Kalau tak silap aku pada tahun 1999, masa aku jadi wartawan akhbar Metro Ahad, aku ada assignment yang aku buat sendiri untuk mengkaji soal lirik negatif band-band Barat. Fokus aku sebenarnya kepada band yang selalu menghina Islam seperti Type O’ Negative ataupun White Zombie. Bukan main lagi aku mengkaji mengumpul bahan dengan segala jenis translation terhadap lirik-lirik yang aku pilih termasuklah lirik obsesi mengagungkan Lucifer dan sebagainya. Sanggup aku menunggu di luar pejabat Ketua Pengarah Pusat Islam, Brig Jen (B) Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin untuk dapatkan komenya. Obviouslly, mamat warak ni bukannya tahu band macam Type O’ Negative, King Diamond, Slayer, Megadeth atau Metallica. Apa yang disibukkannya ketika itu ialah untuk mencadangkan RTM untuk haramkan lagu Ebiet G Ade, Berita Kepada Kawan.

Abdul Hamid nak RTM haramkan lagu itu kerana ada bait liriknya apabila Ebiet kata: “......mungkin Tuhan mulai bosan...” Argumen Abdul Hamid ialah Tuhan tak pernah bosan. Aku dalam kepala hotak masa tu fikir: “this is so fucking pathetic!” Mamat warak ni sibuk nak haramkan lagu Ebiet, seorang penyanyi yang senantiasa agungkan agama Islam. Berita Kepada Kawan ialah lagu untuk menyedarkan umat mengenai kelemahan diri dan bait: “....mungkin Tuhan mulai bosan...” tidak lain mahukan kita sedar akan kesilapan diri sendiri.

Beribu lagu mat salleh lain yang lain dia tak kisah tetapi lagu Ebiet yang dikenali sebagai penyanyi perjuangakan Islam As A Way Of Life pulak yang jadi mangsa. Air Suply nyanyi Making Love Out Of Nothing At All boleh main radio tapi lagu yang ada misi untuk sedarkan umat diharamkan. So siapa yang bodoh? Benda tu buat aku sedih sangat sebab these are the kind of people yang dipilih untuk mencerahkan landasan kehidupan kita di tanah air sendiri.

Anyway, sesudah dapat komen Abdul Hamid aku carik pulak Datuk Seri Megat Junid Megat Ayob, yang ketika itu Menteri Dalam Negeri. Okay, ni lagi sorang idiot. The only comment yang dia boleh kasi tahu ialah: “Saya masih belum terima laporan...”. Soalan yang aku tanya ialah: “Adakah KDN mempunyai badan penapisan yang menapis lirik-lirik penyanyi dan band dari Barat?”

Aku masih tak puas hati, lalu aku confront Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Hamid Othman, dan aku pantas tanya mengenai Marilyn Manson sambil tunjuk keratan akhbar Harian Metro dengan muka Manson yang evil tu tapi Abdul Hamid jawab: “Saya belum terima laporan....”.

Okay, aku rasa aku dah boleh yakinkan korang sekarang untuk berhenti membaca seketika dan bangun sekejap dan bayangkan mereka-mereka ni di depan mata lalu jeritlah: “FUCK YOU!!!”

Jujurnya aku tak ada niat untuk burukkan sesiapa. Aku faham soal politik lain buat diaorang jadi ignorant bastards tetapi setiap hari aku doa, mereka-mereka ni ambil pusing sedikit dengan muzik. Jangan cepat nak haramkan Ebiet sebab terdengar lagunya dalam kereta atau sebab hanya faham bahasa Melayu. Be fair kepada semua jenis muzik.

Berbalik kepada cerita aku buat assignment untuk Metro Ahad tadi. Laporan aku yang tak henti-henti itu akhirnya selesai apabila KDN mula buat rampasan terhadap album-album berunsurkan lucah dan menghina Islam di pasaran. Bukan main banyak record label yang sakit hati dengan aku, tak termasuk rockers di KL ni.

“Well guys, i was just doin my fucking job!” Dan aku dibalas dengan satu award yang disampaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, when he was still respected.

What I’m saying here ialah di Malaysia ni ataupun di tempat kerja korang, alah....di mana saja dalam dunia ni lah, there are so many people yang buat kerja di tempat yang tak sepatutnya mereka berada. They are not supposed to be there tapi they are. Ambil contoh sikap pengurusan Berita Harian (masa aku bekerja di sana lah). Aku masa diinterview untuk masuk Berita Harian bagi tahu Yunus Said (Penolong Pengarang Kumpulan...pangkat besar lah tu) aku minat sport dan entertainment and i was hoping kalau aku diterima, sudah tentu aku diletakkan di tempat orang membuat berita mengenai hiburan ataupun sukan. Tapi sayangnya aku diarahkan ke Meja Jenayah.

Tipikalnya Berita Harian ialah wartawan tak boleh request untuk duduk di meja-meja tertentu sebab itu bukan hak mereka, tapi hak pengurusan. Daripada meletakkan seseorang wartawan yang minat sukan di meja sukan, they chose to letak him or her di meja lain. Why? I don’t know.

Itulah sebabnya di tempat kerja lama aku, aku ada lots of idiot kind of editors and if you guys were to read this, you know who you are and before aku habiskan bab ni aku nak kata dua benda: “Fuck You!!!”

Friday, March 10, 2006

GILA WAYANG

Kuala Lumpur, 23 Ogos 2002

Aku kadang-kadang termenung fikir what was the first movie i saw? Seriouslly, i tried tapi tak boleh nak ingat nampaknya. Entah kenapa medium yang main peranan besar besar dalam hidup aku tu susah sangat nak ditrack originnya.

Aku mengaku, mudah sangat nak khayal dengan filem. Setiap kali menonton aku sampai tahap boleh relate gila babi dengan watak yang yang aku suka. Okaylah, as far as i can remember at the moment ialah betapa aku enjoy dengan bapak aku menonton filem The Champ (lakonan Jon Voight & Rick Schroder). Mana tidaknya, aku yang masa tu kalau tak silap dalam Darjah Satu boleh menangis tengok RIck Schroder mahu bangkitkan ayahnya yang dah mati lepas bukan main bertinju. Aku menonton The Champ di panggung wayang di Malim Nawar, Perak. Tiket masa tu hanya 70 sen dan di panggung wayang buruk tu jugaklah aku menonton komedi The Gods Must Be Crazy.

Around 1981, aku ingat pulak menonton filem Captain America, Wonder Woman, Jaws di panggung wayang Majestic di Kampar, Perak. Time tu harga tiket dah jadi RM1.20 dan kalau nak duduk atas kena bayar RM1.80. Tapi dalam banyak-banyak filem yang aku tonton di Majestic, yang paling aku ingat ialah bila aku, mak, abang dan kakak sakan titik air mata menonton filem arahan Jamil Sulong, Ranjau Sepanjang Jalan. Bapak aku masa tu tak join sebab dia bukanya faham filem Melayu, terutama bahasanya. Ranjau Sepanjang Jalan beri banyak impak kepada aku sebab ia sedih sangat, perih dan sempurna di ketika itu. Filem itu buat aku sayang mak aku beribu kali ganda. Thanks Sarimah kerana meningkatkan kasih aku kepada mak. Aku sebenarnya masih boleh menangis kalau membaca buku Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad itu.

Di ketika aku tak sangka minat filem akan datang tanpa berhenti dalam hidup ini. Rasanya aku boleh relate dengan karektor sekalipun Don Vito Corleone (The Godfather) sebab aku suka berimajinasi. Aku boleh bayangkan bahawa akulah Marlon Brando setiap kali aku menonton The Godfather.

Time tu pulak, tak usah ceritalah soal filem Melayu. Aku pun macam kebanyakan korang jugak yang gila P Ramlee. Sampai hari ini aku suka sangat dengan P Ramlee tetapi tidak terlalu gilakannya macam dulu. Ia mungkin kerana aku makin kenal filem dan aku terpaksa terima hakikat bahawa apa yang dihasilkan oleh P Ramlee tidaklah seperfect mana. Aku secara jujurnya sekarang, tidak enjoy karya P Ramlee as a whole tapi some moments dalam filemnya memang hebat dan amat orginal. Misalnya, sampai ini hari aku rasa saat Ramlee, Sudin dan Aziz screen test dalam Seniman Bujang Lapok adalah babak lawak terbaik yang pernah dihasilkan dalam industri filem Melayu.

Saat paling romantis ialah apabila P Ramlee menyanyi lagu Azizah dalam Penarik Becha. Ia ditambah pulak masa aku Darjah Tiga sampai Darjah Enam dulu, aku syok sangat dengan satu budak perempuan yang namanya Azizah. Maka selalulah aku bayangkan: "kalaulah suara sedap macam P Ramlee, boleh aku nyanyi lagu Azizah."

Namun dek kerana bapak aku yang terlalu English, pendedahan kepada filem Melayu amat limited. Bapak aku lebih tegaskan supaya anak-anaknya menonton cerita orang putih. Bayangkan kami yang budak-budak disuruh menonton soap opera macam Peyton Place, The Sullivans, Knots Landing, Dallas, Falcon Crest, Dynasty dan sekali dua terpaksa juga layan Shakespeare seperti The Merchant of Venice yang ditayangkan di TV2 masa tu. At the same time jugak, bapak suruh kami layan sitkom seperti Alf, Cheers, The Jefferson, Threes' Company or Different Strokes (takat yang aku ingatlah).

Tak silap aku by 1988, datuk aku bikin gempak sebab dia beli video player. My God, that was a fucking big deal okay. It was a Betamax Video Player, bukan VCR. So video tapenya kecik sikit tapi masa tu, that was the best , I think first movie yang kami tonton dengan Betamax Video Player tu ialah The Thing (lakonan Kurt Russell). Best gila babi. It was a revolution in my world. Aku fikir teknologi dah melampaui pemikiran manusia biasa seperti aku sehingga ada yang mampu mencipta wayang di rumah sendiri.

Apa yang lebih aku enjoy ialah bila dapat curi menonton Cat People (Natasha Kinski). Bapak aku larang kami tonton filem itu sebab ada part berbogel Natasha dan ada projek sikit tapi lepas dapat curi tonton, part bogel dan main itulah yang aku rewind berkali-kali.

X-Rated movies on video memang dah jadi demam. Dapat tengok tetek sikit pun dah best sangat masa tu. But when aku fikir semula, itu semua satu perjalanan hidup menuju kedewasaan.

Well, time flies and I became a serious movie lover. Aku love every thing about movies. The making, directors, plot, konflik, karektor, ala semuanya lah buat aku khayal. I became a different person dalam tempoh dua atau tiga jam setiap kali menonton. I leave all my troubles elsewhere whenever I watch a movie.

Aku kagum dengan manusia yang boleh menggambarkan peristiwa dengan penuh dramatik, humor, anger walau ia hanya fiksyen. Aku kagum dengan manusia yang beri nyawa kepada wataknya. Sebenarnya aku tak ada perkataan atau frasa untuk menggambarkan apresiasi terhadap magiknya filem kepada aku dan aku harap apa yang aku tulis ini beri sedikit maksud, sekurang-kurangnya untuk jelaskan my fucking obsesion. Get what i mean?

Tuesday, March 07, 2006

PUKIMAK, SIAL, BANGSAT, HARAMJADAH, BUTUH...ETC

Selayang
18 Ogos 2002, 22 Ogos 2002


Jangan terkejut baca tajuk ni. Aku bukannya nak maki korang tapi sekadar mempersembahkan beberapa kata cacian atau cuss word yang aku mula kenal sejak kecik dulu. Masa kecik dulu aku tak tahu perkataan Fuck You. So, pukimak, sial, bangsat, haramjadah dan butuh adalah antara perkataan yang aku belajar. Fuck itu kalau tak silap aku kenal masa umur aku 17 tahun, Form 5. Maybe sebab masa tu aku di Kampar, Perak lagi. Kalau aku duduk di KL, agaknya aku kenal Fuck You lebih awal.

Anyway, apa yang buat aku nak jadikan cuss word ini sebagai sebahagian tulisan ini aku tak pasti. Saje aje agaknya. Entahlah....aku banyak bernostalgia agaknya sebab masa sekolah dulu memang perkataan pukimak tak lepas dari mulut aku dan teman-teman sampaikan di kalangan kami, penggunaannya tidak lagi terlalu kasar. Kadang-kadang kalau tegur member pun aku boleh: "hoi...pukimak..." dan member aku tu tak kan ambil hati punya tapi dia akan balas: "butuh engkau lah..."

Cuss words ini bagi aku melambangkan personaliti korang. The more you use it, the more orang akan kenal personaliti korang. Mencarut buat diri kita dinilai dan apabila kita dinilai oleh manusia pesimistik dan judgemental, maka kita sebenarnya disalah nilai atau lebih tepat misunderstood. I hope you guys are not that stupid to get what i mean here. Jadi big deal kalau suka mencarut sebab carut itu bad words. Kita diajar dari kecik-kecik supaya tidak mencarut sebab ia adalah BAD WORDS! At this point I have to say again mencarut itu BAD WORDS! Kalau pendapat korang macam aku katakan itu, maka ini adalah peluang korang sekali lagi untuk tidak membaca blog ini sekarang jugak sebab materi aku sebenarnya adalah dua diksi yang memang BAD WORDS!

Aku tidak sekali-kali cuba memberikan justifikasi kepada penggunaan carut dalam hidup aku, tidak juga aku cuba pengaruh korang untuk menggunakan perkataan yang aku katakan atau tulis dalam buku ini tetapi aku sekadar mahu menyatakan pendirian bahawa menilai seseorang itu hanya kerana dia gemar menggunakan bad words is a wrong thing to do. Same as kalau aku nilai korang menerusi apa yang korang pakai hari-hari untuk ke pejabat. Tiada siapa yang suka dinilai tetapi dalam pada masa yang sama si yang tidak suka dinilai suka menilai orang lain. What the fuck is that?

Mencarut is merely wrong berbanding dengan korang yang tidak pernah mencarut tetapi mempunyai hati yang busuk, lebih busuk daripada perkataan carut yang aku gunakan. Aku rasa pengalaman akan banyak mengajar korang untuk mengenal orang.

Misalnya rakan yang korang layan baik sekali tu dalam hatinya berkali-kali mencaci korang dengan carut-marut. Korang sangka dia baik tetapi di belakang korang dia cakap macam-macam. Soal korang suka cabut bulu hidung pun boleh jadi bahan mengata. Pelik kan? Tapi itu lumrah manusia. Mungkin kita semua bertopeng untuk menyembunyikan keburukan diri. Mungkin...sebab aku tak pasti.

Mencarut bagi aku adalah a form of expression yang sangat berkesan. Ia mungkin tidak sehebat menampar muka betina yang mengata belakang korang tu tetapi sekurang-kurangnya kalau kita boleh menjerit: "Fuck you motherfucking BITCH!" di depan mukanya, itu aku kira sudah cukup baik.

Sebelum aku teruskan lagi aku nak cakap sikit bahawa ramai yang suka sangat sebut BITCH tetapi tak tahu maksudnya. Maksudnya ialah anjing betina! So kalau rasa: "Fuck You Motherfucking BITCH" tu tak cukup power, apa kata laung saja kat betina tu: "Pukimak pantat sial haramjadahlah engkau ANJING BETINA!"

But then, aku rasa mencarut maki orang begitu would not solve anything, sebaliknya hanya akan buat korang macam orang bodoh aje, macam budak-budak. Kalau orang mengata korang soal suka cabut bulu hidung, why don't you just don't give a fuck.

Ekspresi...itulah kepentingannya mencarut dalam hidup aku. Aku bukanlah nak kata aku puas sebab dapat tulis banyak perkataan fuck dalam blog ini tetapi aku menjadi aku dengan ekspresi sebegini. Aku rasa pukimak, bangsat, sial, haramjadah, butuh, kepala butuh, konek, kote dan sebagainya itu tidak salah dalam hidup aku sebab ia adalah cara aku berekspresi dan kalau korang tak suka aku rasa korang tahu apa yang akan aku katakan sekarang. Benar....FUCK YOU!

Aku bukan seniman agung, penulis terkenal, penyajak handalan. Aku hanya seorang lelaki, seorang wartawan dan seorang penulis yang mahu orang faham diri aku yang selalunya dimisunderstood hanya kerana aku ada pandangan radikal dalam hidup.

Aku bukannya mahu legalkan carut-marut dalam hidup korang tetapi aku hanya menyoal bahawasanya pernahkah carut-marut itu jadi illegal? Aku tak mahu disalahertikan ataupun menyalah ertikan orang lain hanya kerana carut jadi medium ekspresi mereka. Kalau orang nak kata aku pukimak, bangsat, sial, haramjadah, butuh atau kepala butuh sekalipun aku tak kisah sebab aku dah pandai sebut: "FUCK YOU!!!"

Monday, March 06, 2006

KUALA LUMPUR

Selayang, 3 Ogos 2002

Aku tak tahulah dengan korang tapi bagi aku, Kuala Lumpur, kota yang ajar aku soal hidup, soal suka, duka, kurang ajar, terlebih ajar, kasih, sayang, benci, rindu, bodoh dan pandai. Kuala yang memang penuh berlumpur dan banyak sangat yang terpalit di atas badan aku. Kota yang cabar kehidupan ini aku fikir sudah aku tawan tapi aku rasa masih belum menang, sebaliknya kalah setiap hari, setiap saat. Macam ada saja benda di Kuala Lumpur ni yang belum aku tawan. Diri sendiri barangkali yang paranoia.

Aku kenal KL sejak berusia sembilan tahun agaknya apabila dibawa oleh ibu bapa dan datuk nenek aku ke rumah saudara mara. Everything was wonderful dan bangunan Parlimen adalah antara bangunan yang paling aku kagumi. Dan ketika itu aku tak langsung simpan niat untuk datang sendiri ke KL sebab aku rasa complicated sangat tempatnya.

Namun aku tak sangka yang aku akan end up di KL juga akhirnya apabila berhijrah untuk bekerja pada 1991. Bodoh betul aku masa tu tentang KL dan manusianya. Bukan semua mereka jahat dan bukan semuanya baik juga. Aku tinggal di Brickfields di sebuah apartment mewah. Apartment aku ada empat bilik. Memang mewah, tapi aku hanya menyewa ruang tamunya. Aku bayar RM70 sebulan dan tidurlah aku di atas tilam nipis yang baunya makin hari makin busuk dek air liur basi sendiri. But who gives a fuck...i was in KL!

Gaji bekerja di akhbar Berita Harian masa tu tak lah banyak sangat, ops...tak banyak langsung sebenarnya. Hanya RM550. Belum cukup bulan duit dah tinggal sekupang dua dan bila habis kerja, aku selalunya beli bungkus roti canai banjir yang hanya dimakan selepas sejam kemudian sebab tunggu kembang. Kalau tak kembang nanti tak kenyang pulak. Office Berita Harian terletak di Bangsar dan kadang-kadang aku jalan kaki aje ke pejabat sebab nak jimat duit walaupun tambang bas Seri Jaya ke situ hanya 30 sen masa tu.

Lama jugak aku menyewa ruang tamu tu, ada lah lebih kurang 9 bulan sebelum aku dengan dua sahabat lain share sebuah bilik di flat dekat-dekat situ jugak. Kami berhimpit-himpit dalam sebuah bilik lebih kurang 4 bulan sebelum berpindah semula ke apartment yang sama tapi tidak lagi jadi penghuni ruang tamu, sebaliknya dah mampu sewa bilik yang harganya RM300.

Lepas tu pulak, bila gaji dah naik jadi RM800, aku dengan teman-teman pindah ke Flat Bukit Angkasa di Pantai Dalam dan akhirnya dapatlah sorang satu bilik.

Aku malas nak cerita banyak sangat pengalaman aku di KL tapi apa yang aku nak kata ialah apa yang KL ajar aku. KL bukan sahaja buat aku matang, aku jadi terlebih dewasa dan mungkin melebihi umur aku sendiri. KL kenalkan aku kepada Central Market, tempat aku suka melepak sebelah petang lepas habis kerja sebab nak tengok buskers main muzik di pinggir jalan. Apa yang syok sangat? Entahlah, tapi aku suka. Mungkin sebab diaorang berani main muzik gitu aje, tanpa peduli orang dengar atau tidak, tanpa peduli sedap atau tidak.

Buat apa yang korang rasa betul. Itulah KL ajar aku. Kalau aku yakin dengan apa yang aku buat, aku rasa aku akan berjaya dengan apa yang aku buat dan kalau aku gagal, aku sebenarnya berjaya gagal dengan benda yang aku yakin aku tidak akan gagal. Tapi bak aku katakan, gagal yang aku lalui ialah satu kejayaan kerana aku berani.

Mungkin korang pening dengan apa yang aku cakap ni. Tapi cuba fikirkan soal keberanian korang sendiri. Semua benda yang korang nak buat diintrokan dengan persoalan: "kalau aku gagal macam mana?" So, macam mana? Aku tiap-tiap hari fikir soal kematian. Adakah aku akan mati esok. Adakah aku akan kehilangan orang yang aku sayang kejap lagi? Semua persoalan yang aku tiada jawapannya dan akhirnya aku jadi paranoid dan semua yang aku buat asyik tak kena saja.

KL ajar aku jadi berani. Jantan aku dicabar untuk jadi lebih jantan lagi di KL. Aku nak rasa pahitnya kota busuk ini dan aku nak jilat manisnya 'Kuala Lumpur' dan kemudian jadi raja dalam diri sendiri.

Memang banyak setan keparat di KL yang aku kenal. Si babi yang ini yang aku benci, si celaka yang itu yang aku menyampah, si pukimak yang lagi satu ni yang kalau aku dapat, pasti aku akan terajang telurnya dan pada masa yang sama insan mulia pun ada. Ada insan yang aku jadikan best friend, insan yang boleh aku ceritakan soal hidup aku dan insan yang jalan hidupnya hampir sama dengan jalan hidup aku. Seolah-olah jumpa satu lagi aku yang muka lain, mak bapak lain tapi perjalanan yang sama.

Bila dah agak lama kat KL aku belajar satu benda yang paling penting. KL jadi Kota Laknat kalau aku bodoh tapi KL juga jadi Kota Lestari kalau aku bijak. Tapi untuk mencapai semua itu, aku melalui Kota Laknat itu sendiri. Aku kenal lorong hitam, lorong putih, lelaki, perempuan, separuh-separuh, bro Jack Daniels dan bro Johnny Walker. Aku berjalan ke Long Island sampai ke Graveyard, singgah ambik Screwdriver dan semuanya mahu on the rock.

Bukan aku nak bangga dengan semua itu tapi aku hanya nak kata yang aku dah tahu semua itu. Tak ada apa yang aku tak tahu. Aku tahu lebih daripada apa yang korang rasa aku tahu. Tapi tak semestinya aku sangkut apa-apa sebab kalau aku sangkut sangat dengan bro Jack atau terlebih sangat dengan syurga Peter Tosh itu, dah tentu aku tak kan menulis ini kan.

Well, bukan hanya ada 1,001 benda yang aku nak cerita pasal KL. Ia lebih daripada itu. Mungkin lain kali aku cerita lagi yang lebih detail dengan campuran bau busuk dengan bau wangi tapi setakat ini aku rasa korang hanya perlu tahu apa yang perlu aku beritahu, tak lebih daripada itu.

Lagipun aku rasa bab Kuala Lumpur ini boring sikit dan aku nak cepat-cepat ke bab seterusnya yang aku rasa lebih interesting. Sorry kalau aku buat korang boring dengan bab ini tapi sebenarnya aku nak kasi korang sekali lagi peluang untuk tidak membaca blog ini cepat-cepat. So, apa tunggu lagi? Kalau aku ada duit banyak, aku akan bagi korang duit untuk pastikan yang korang tak membaca blog ni sekarang jugak sebab bila korang decide untuk tidak membaca aku boleh lepas geram dengan kata: "Fuck You".

Sunday, March 05, 2006

RETORIK

Selayang, 17 Julai 2002

Retorik adalah diksi "besar" pertama aku dalam hidup dewasa. Masa mula-mula aku dengar perkataan ini, jiwa aku bergelodak dan kepala aku fikir: "Kejadah apa maksudnya".

Datuk A Nazri Abdullah, bekas Ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian yang menyebut perkataan itu ketika bertemu kami yang menjalani latihan Pets. Masa tu aku fikir Nazri ni memang handal orangnya sebab dia sebut "retorik' .

Diksi retorik itu dibangkitkan oleh seorang teman yang turut menjalani latihan yang sama. Namanya Izman Ismail. Kata Izman, kerja seorang wartawan adalah retorik. At that point, aku rasa bicara itu jauh dari liga aku. Lalu Nazri ambil masa dekat setengah jam untuk explain di antara wartawan dan retorik yang sehingga hari ini pun aku rasa kurang pasti mengenainya.

Pada masa yang sama, sebaik sahaja aku melangkah ke KL pada 1991, aku sering ke Panggung Bandaraya Kuala Lumpur yang dekat Dataran Merdeka tu sebab aku minat sangat dengan sayembara puisi. Maka berlimpah-limpahlah perkataan yang "besar-besar' aku dengar daripada sajak ramai penyair terkenal. Aku buat muka tak malu untuk tegur penyair power macam A Ghaffar Ibrahim (Tak Tun Tak Tun), A Samad Said, Rahman Shaari, Muhammad Haji Salleh dan banyak lagi. Pernah aku mendekati Samad Said and kata: "Pak Samad, saya minat sangat dengan Salina." It's nothing much tapi aku bangga sebab aku sampaikan apa yang terbuku di hati bertahun-tahun lamanya. Fakaruddin dan Salina (watak dalam novel Salina) masih aku simpan di rumah, antara koleksi aku yang paling berharga.

Sebenarnya aku kagum dengan penyair kerana metafora mereka. Mereka bagi aku golongan retorik. Bahasa mereka indah. Aku bebas buat interpretasi sendiri ikut kemahuan aku sebab bagi aku sajak atau puisi or whatever you want to call it adalah peribadi kepada penilainya. Aku buang jauh-jauh subjek kesusasteraan Melayu yang aku belajar di sekolah sebab peperiksaannya membuat aku bodoh. Aku perlu menjawab ikut kemahuan pemeriksa apabila menilai puisi sedangkan bagi aku, puisi itu bebas diinterpretasikan oleh sesiapa pun mengikut kemahuannya.

Maybe, apa yang aku kata ini akan disangkal oleh penyair yang turut ada emosi sendiri terhadap puisi mereka. Mungkin A Latiff Mohidin ada mesej peribadinya dalam Songsang tetapi aku peduli apa dengan Latiff sebab dia bukan aku dan dia tak layak untuk kata apa yang patut aku fikir. Songsang kalau bagi aku soal resmi manusia abad ke-20, maka itulah yang aku rasa.

Dari Panggung Bandaraya aku makin ligat ke Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pulak dan kemudian naik bas mini ke Matic kadang-kadang untuk menonton teater atau sayembara puisi yang lain.

Masa di Tingkatan Lima, aku pernah berdiri di tengah pentas untuk menyampaikan karya Latiff berjudul Waktu. It was a great experience walaupun I think I fucked it up. Aku rasa aku gagal menyempurnakan puisi Latiff sebab I had cold feet. Fuck it! Aku benci mengenangkan saat itu sebab sajak Latiif bagi aku terlalu sacred. He is the best!

Kegagalan aku itu buat aku fikir, haruskah seorang pencipta puisi menjadi seorang penyair yang hebat di atas pentas? Haruskah aku jadi kelakar ala Ghaffar Ibrahim? Haruskah aku jadi seperti si cool old dude macam Samad Said? Or pakai banyak mikrofon macam Rahman Shaari? Haruskah aku bakukan bahasa aku hanya sebab aku baca sajak? Haruskah kekuatan sesuatu penulisan itu memerlukan justifikasi dengan membacanya kuat-kuat?

Ini soalan retorik untuk korang sebenarnya. Bagi aku secara peribadi, penyair yang maha hebat itu seeks attention. Mereka golongan kurang yakin dengan karya sendiri sampai terpaksa mempersembahkannya dengan penuh superfisial di atas pentas. Bagi aku juga, karya mereka sudah memang hebat dan tak perlu dihebatkan lagi dengan gaya persembahan yang aku fikir over the edge.

Atas pendapat itu, aku start menulis sajak. Aku want to write poems with big words in it. I don't give a fuck kalau orang faham atau tidak sebab orang boleh interpretasi sendiri. Kalau aku cerita soal bulan tapi orang fikir itu soal matahari, I don't give a fuck sebab aku tak akan menyekat freedom diaorang. Aku tak perlu susah hati soal mempersembahkan puisi aku di pentas dengan bahasa baku dan suara besar yang boleh buat aku rasa nak kencing, sebaliknya i just let it be on paper. Aku boleh sampaikan sajak aku seperti manusia normal, bukan superfisial.

Itu semangat aku ketika itu dan masa aku bertugas di Johor Bahru di sekitar 1993 lalu, aku dengan sekumpulan teman-teman mula menubuhkan sebuah jawatankuasa penaja untuk menghidupkan Persatuan Penyair Muda Johor Bahru dengan penaungnya Datuk Abdul Ghani Othman. Teman yang sama-sama dengan aku masa itu antaranya ialah Hussin Che Soda (kini Allahyarham).

Hussin adalah seorang pemberita sambilan dengan Utusan Malaysia. Aku dan Hussin setiap malam akan melepak kat rumah aku di Taman Bukit Kempas dengan kamera videonya untuk merakamkan kami membaca sajak.

That was the good old days sebab aku enjoy sangat saat itu. Hussin amat persuasif sebab masa mula-mula kami lepak untuk baca sajak, aku agak keberatan. Namun akhirnya kami klik dan aktiviti baca sajak lepas tengah malam kami lakukan setiap hari.

Sayangnya Hussin mati dulu sebelum Persatuan Penyair Muda Johor Bahru kami tubuhkan dan aku tak pernah kisah untuk menyimpan pita video yang merakamkan saat kami baca sajak. Malah, aku tak ada gambar Hussin pun untuk diabadikan di sini tapi di fikiran aku, sajak-sajak Hussin masih hidup. He was a cool dude.

Anyway, aku tak nak emosional sangat soal ini. Hari ini aku tidak lagi menulis sajak. Aku tak tahu kenapa? Mungkin aku sibuk dengan kerja. Koleksi sajak aku pun entah ke mana hilangnya. Ada teman-teman yang pernah baca sajak aku kata tulisan aku bagus tapi aku rasa diaorang kata begitu untuk sedapkan hati aku saja. I know it sucks but then, I don't give a fuck!

Aku merapu soal retorik, sajak, puisi dan penyair sebab aku rasa kita ni jadi manusia yang terlalu terikat dengan kemahuan manusia lain. Kita diajar bagimana untuk menilai sesuatu mengikut si penciptanya sedangkan kita ada fikiran sendiri.

Apabila sesuatu karya dicipta untuk manusia lain, si pencipta sebenarnya tiada hak untuk menentukan apa yang dinilai oleh si penilai. Even the greatest sajak on earth oleh William Shakespeare ke, Pablo Neruda ke, atau tulisan hebat Ernest Hemmingway or even Charles Dickens ataupun the best novel, Salina ke...kalau korang fikir it sucks, maka jangan malu untuk melaungkan bahawa IT SUCKS! Korang tak patut peduli apa Samad Said akan kata kalau korang kutuk karya dia. Suka hati koranglah kalau korang nak kumpulkan Lazri Meon, Sungai Mengalir Lesu, Hujan Pagi, Warkah Dari Eropah atau pun Salina untuk dibakar sebab korang fikir karyanya macam taik. That's your choice.

Aku faham perasaan skeptikal korang apabila dealing dengan karya daripada penulis hebat. Korang mungkin rasa segan nak kutuk Ranjau Sepanjang Jalan (Shahnon Ahmad) misalnya sebab dia kan penulis agung. Kalau korang kutuk nanti, ada yang akan korang tak prihatin atau mungkin bodoh kerana tak pandai menilai. Well, mungkin masanya dah tiba untuk jadi diri sendiri. Kalau tak faham apa kejadahnya retorik itu, why not cakap aje korang tak faham tapi jangan diam begitu saja. Why not ambil kamus dan cari maksudnya dan kalau korang fikir retorik itu tak patut aku sebut di sini, well just say it.

Tiada yang retorik dalam penulisan aku. Bahasanya tak indah dan kalau korang rasa nak bakar sekali sekali dengan buku Samad Said tadi, maka bakarlah sebab i don't give a fuck!

Saturday, March 04, 2006

RUMI'S WISDOM



Come, come, whoever you are.

Wonderer, worshiper, lover of leaving.



It doesn't matter. Ours is not a caravan of despair.

Come, even if you have broken your vow a thousand times.

Come, yet again, come, come.